SEJARAH SEKOLAH
| | Bangunan asal sekolah
| Bangunan tambahan sekolah
|
| Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Kuala Terengganu telah
dibuka pada tahun 1939.Wujudnya sekolah ini adalah atas usaha gigih
orang-orang kampung bersama-sama penghulunya Tuan Haji Ahmad bin Hitam
yang telah memohon dan mendesak pihak kerajaan mengadakan sebuah
sekolah tempat kanak-kanak di sekitar kawasan Pasir Panjang ini belajar.
Sekolah
ini terletak dalam kawasan seluas 4.406 ekar.Pada mulanya sebuah
bangsal didirikan dan disumbang oleh seorang pemborong tempatan iaitu
En.Wan Salleh bin Ahmad.
| | Bangunan pejabat sekolah
| Laman utama sekolah
|
Bangunan tempat belajar bertambah dari masa ke semasa mengikut perkembangan murid. Pada akhir tahun 1968 sekolah mempunyai 4 buah bangunan separuh kekal sebagai tempat belajar berukuran sebagaimana berikut: i. 120 kaki x 22 kaki ii. 60 kaki x 22 kaki iii. 47 kaki x 20 kaki iv. 48 kaki x 20 kaki
Pada tahun 1969,
bangunan iii dan iv telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan lain
yang juga bangunan separuh kekal berukuran 300 x 24 kaki.Bangunan ini
mempunyai 9 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.
Pada tahun 1980,
sebuah bangunan kekal 2 tingkat berukuran 190 x 24 kaki
dibangunkan.Bangunan ini mempunyai 6 buah bilik darjah, perpustakaan
sekolah, bilik pusat sumber sekolah,ruang pejabat dan bilik Guru Besar.
Pada tahun 1990,
sebuah lagi bangunan separuh kekal dibina bagi menampung pertambahan
murid yang mendadak dengan bangunan berukuran 22 x 146 kaki dan
mempunyai 4 buah bilik darjah.
Semenjak
ditubuhkan pada tahun 1939, hanya murid lelaki sahaja yang belajar si
sekolah ini dengan keramaiannya 20 orang.Keramaiannya meningkat dari
masa ke semasa, dengan peningkatan kepada 40 orang selepas beberapa
bulan dibuka.Pada tahun 1946, barulah sekolah ini mula menerima murid
perempuan,menjadikannya sebagai sebuah sekolah bercampur.Pada tahun
1954, pentadbiran sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Sek.Keb.Pasir Panjang (Lelaki) dimana Guru Besarnya ialah En.Muhammad bin Hassan dan Sek.Keb.Pasir Panjang (Perempuan)
pula Guru Besarnya ialah Cik Emi Shamsiah binti Abd.Hamid.Tetapi
selepas berjalan selama 7 tahun kedua-dua sekolah ini telah disatukan
semula di bawah pentadbiran seorang Guru Besar.Penyatuan ini adalah
atas nasihat Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah dalam mesyuaratnya pada
15.02.1961.
Semenjak dibuka juga, ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya
mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun
swasta.
|